Monday, 15 August 2011

unblock website yang diblock oleh SKMM

Megaupload,Megavideo,filestube.com,fileserve,putlo cker.com,thepiratebay.org,depositfiles.com,movie2k .to,duckload.com, and warez-bb.org SKMM dah blok.. Sila rujuk pic yg kat bawah nie untuk unblock semua tuh...




GOOGLE DNS
preferred DNS : 8.8.8.8
alternate DNS : 8.8.4.4

OPEN DNS
preferred DNS : 208.67.222.222
alternate DNS : 208.67.220.220

Aktifkan windows XP setelah 30 hari tamat tempoh percubaan


Pernahkah anda mengalami situasi begini?anda membeli windows xp original dan anda install ke dalam komputer anda…sepatutnya windows yang original tersebut anda perlu aktifkan selepas install dalam masa 30 hari….dan dalam masa yang diminta tersebut anda terlupa untuk aktifkan dan menyebabkan anda tidak dapat login ke dalam windows anda seperti biasa…
Sewaktu saya masih baru dalam dunia komputer ini,saya pernah bertanya kepada kawan saya bagaimana menyelesaikan masalah ini,jawapan yang saya terima tiada lain iaitu format kembali….hehe…yelah biasalah waktu belajar dulu xda kerja lain ambik kerja mudah format jer terus…
Namun,cara yang diutarakan oleh kawan saya tidak boleh dipakai terus,terdapat banyak alternatif lain selain format terus…pada post kali ini saya akan kongsikan satu tips mudah yang anda boleh lakukan jika anda mengalami masalah seperti ini…Untuk mengaktifkan windows anda ketika lebih 30 hari,komputer anda harus berhubung ke internet…Masalah yang berlaku ialah apabila anda tidak dapat menyambungkan komputer anda ke internet mungkin kerana komputer anda belum di”set” atau sebagainya.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah set komputer anda supaya ia dapat connect ke internet,tentu sekali anda tidak dapat login ke windows seperti biasa jika windows anda tidak diaktifkan dalam masa 30 hari…namun ada cara lain yang anda boleh lakukan untuk set komputer anda supaya dapat connect ke internet.
Pertama sekali,ketika mesej seperti gambar bawah keluar,minimize tetingkap yang dipaparkan.'




kemudian,tekan butang windows + butang “U” pada keyboard anda.


Gambar : butang “windows” pada keyboard.
ketika anda tekan secara serentak butang windows + “u” pada keyboard anda,program Narrator akan terpapar….kemudian klik pada icon komputer yang berada di hujung tetingkap program tersebut.


Satu menu akan dipaparkan,kemudian klik pada “About Narrator”


gambarajah seperti diatas akan dipaparkan,kemudian klik pada “Microsoft Web site” .Kemudian Internet explorer akan terpapar.Apa yang perlu anda lakukan ialah, taip c:\windows\explorer.exe pada ruangan address bar internet explorer tersebut,kemudian tekan enter.Anda akan diminta untuk muatturun explorer.exe tersebut,apa yang anda perlu lakukan ialah “double klik” explorer.exe tersebut selepas anda siap download,jika anda berjaya anda akan datang lihat start menu windows dan lain-lain keluar sama seperti anda login ke windows sebelum ini.Apa yang perlu anda periksa ialah sambungan internet komputer anda.periksa di bahagian network komputer anda.
Setelah komputer anda telah dapat sambungan internet seperti biasa,aktifkan windows seperti biasa dengan cara login semula ke windows. 




Tutorial Mengatasi masalah window 7 not genuine ( MUST READ!!! )



Berhati-hati bila updates windows, anda mungkin mengalami risiko windows 7 anda di-blacklist dan kemudian menjadi not genuine.

Jika anda menggunakan windows original, anda tidak perlu risau windows akan di-blacklist. Cuma, pengguna windows 7 versi lanun sahaja berkemungkinan akan diblacklist.
Untuk mengelakkan windows daripada blacklist, anda perlu ignore update for windows 7 (971033). Masuk windows update (tekan start menu, taip “windows update” ) dan tekan 
right click, hide this update.



Atau boleh disable terus automatic updates.
Jika, window anda kna detek, untuk buang not genuine gne lah removewat 

download removewat latest version






Buka windows dalam 10 saat


Nie salah satu cara nak buka windows dengan cepat, diuji pada windows XP SP2. Mungkin kat sesetengah komputer tak nampak kesan. Bergantung pada pc jugak ahh..
Cara-Cara:
Pergi ke start Button> pilih “Run”
Taip Regedit
Pergi ke key nie HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contr ol\ContentIndex
Cari key “Startup Delay” dan double klik. Default value kat situ ialah 4800000. Ubah jadi 40000.
Siap, nak tengok kesan dia, cuba restart komputer..
p/s: kalau saper2 yang ragu2 nak buat tu, tak yah buat ahh.. jadik apa2 susah..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More